Monday, January 17, 2011

JARUM SYAITON..

BISMILLAH...

Renungkan sejenak perancangan SYAITON yg x pernah jemu menggoda wanita utk mendedahkan segenap kecantikan kpd org yg x berhak menikmatinya.


PERANCANGAN PERTAMA : 
"Alah..buat ape pakai tudung? Nampak kolotlah," bisik SYAITON.
"Gilerr ke apa..nak kene parang dgn mak ayah aku kalau x pakai tudung?" balas gadis itu kpd SYAITON yg berbisik di sisi hatinya.


PERANCANGAN KE2 :
"Oke x ape. Kau pakai aje tudung tu. Tapi, pakailah t-shirt lengan pendek sikit. Rimas aku tengok kau pakai baju tangan panjang berbungkus mcm ni," bisik SYAITON lagi.
"Waaa...cantiknya baju tu tapi tangan pendeklah. Nanti kene SUNBURN plak separuh tangan aku ni. Tapi, beli jelah. Boleh pakai waktu malam, x ade matahari.."..kata gadis tu seraya membawa baju yg disukainya ke kaunter bayaran.


PERANCANGAN KE3 :
"Ehh..kenapa tudung tu labuh sgt? Angkat sikit, letak pin, barulah nampak rantai emas yg mahal tu. Setakat sorok bawah tudung, siapa yg boleh nampak? Lagipun, lurah kau tu kan cantik..tunjuklah sikit aset tu. Bukannya semua, sikit aje," hasut SYAITON lagi.
Si gadis sedang memandang dirinya di cermin. Sudah sejam di situ, asyik membetul2 kan tudungnya yg agak labuh. Akhir sekali, dia mencapai beberapa pasang kerongsang sambil menarik tudungnya tinggi ke bahu. Maka terserlahlah lurahan indah itu disebalik belahan leher baju yg amat luas.


PERANCANGAN KE4 :
"Kau tahu x, zaman sekarang ni,anak gadis ayu sgt kalau pakai baju dr kain lace. Apatah lagi kalau pakai body tube yg mcm singlet tu..kompem anggun! Tengok plak kainnya, belah kat depan. Barulah senang nak melangkah. Tentu lelaki akn pandang berkali2." SYAITON terus-menerus x jemu memujuk.
"Waa..cantiknya baju ni, tapi jarang plak. X ape, aku boleh pakai tube kat dlm. Lagipun ni latest design. Mesti kawan2 cemburu tengok aku bergaya sakan.." sahut gadis itu, mengiyakan pujukan SYAITON yg masih melekat rapat dlm hatinya.

Maka perhiasan iman pada diri seseorg wanita mula tercabut 1 demi 1..hingga akhir sekali, yg ade pada diri hanyalah santapan harian yg x lagi berharga. Sesiapa je boleh menikmati dgn percuma. Masya-ALLAH..liciknya permainan SYAITON, yg kengkadang kite x menyedari kehadirannya.

Sekadar berkongsi ilmu dari buku yg ana baca..sbg ingatan utk diri sendiri & anti2 diluar sane...InsyaALLAH...

KITA YG TERISTIMEWA

Bismillah...




Diciptakan dari rusuk kiri...
Dekat di hati untuk disayangi..
Hampir dengan tangan untuk dikasihi...


Dalam Islam, wanita memang dianggap golongan yg lemah kerana asalnya dicipta drpd tulang rusuk lelaki. Wanita memerlukan lelaki utk menyayangi & melindunginya. Nabi s.a.w menegaskan dlm hadisnya tentang ganjaran ibu bapa yg memelihara & membesarkan anak2 gadisnya dgn sempurna.


"Barang siapa diberi cubaan dgn sesuatu drpd anak2 perempuannya, kemudian dia berbuat baik kpd mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka." HR Bukhari & Muslim.

Memanglah banyak yg mesti dikawal kerana kita manusia terpilih, yg beragama Islam & beriman. Kerana setiap pergerakan kita ada balasan yg menanti. Jawatan sbg 'IBU' itulah jawatan paling tinggi & paling mulia di dunia & akhirat. Nasihat ayah ibu hanya memikirkan kebaikan anak2 semata2. 

Wednesday, January 5, 2011

HALAQAH CINTA.

Bismillah..
Assalamualaikum
:)

Hati itu fitrahnya putih nan bersih
Kan hitam ternoda lantaran dosa,
Kikislah aibnya agar kembali jernih,
Pertahankan kesuciannya dalam HALAQAH CINTA..

Di sinilah,
Aku menyahut kalamMU ya ALLAH,
'Dan berilah mereka pelajaran & katakanlah kpd mereka perkataan yg berbekas pada jiwa mereka'
(An-Nisa : 63)
Moga halaqoh ini menusuk jiwa,
Memandu islah diri sentiasa.


Salam ukhuwah fillah utk semua
:)

Saturday, January 1, 2011

AKU INGIN PERSAHABATAN ITU....

Bismillah..
Assalamualaikum...
:)




TEMAN,
aku ingin kita seperti ABU BAKAR AL-SIDDIQ,
persahabatan terjalin kerana AL-KHALIQ,
harta dikorban bukan sedikit,
cintakan kebenaran, sanggup bersakit.

serta tawakal IBRAHIM mulia,
ketika meninggalkan insan tercinta,
di bumi tandus tanpa bicara,
meyakini ALLAH sebagai penjaga.

aku impikan antara kita seorang UMAR,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerunkan musuh durjana.

serta senyuman SYED AL-QUTB,
ketika berhadapan dengan tali maut,
akidah mantap tidak terenggut,
roh dakwahnya tidak surut.

aku ingin kita seteguh IBNU ZUBBAIR,
menahan panahan HAJJAJ dengan rela,
bersama si ibu tua,
lantas syahid, rohnya ke syurga.

marilah kita menyemai benih HASSAN AL-BANNA,
fikrahnya jernih, menggegar dunia,
merelakan tubuhnya dimamah peluru,
demi menegakkan kalam ALLAH & RASUL.

Aku cintakan pemuda GIFFARI,
menentang kezaliman walaupun diancam,
mogakan lahir lagi di abad ini,
jiwa jitu pemuda yg tidak pernah suram.

aku ingin kita sepemaaf YUSUF,
tetap mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.

aku ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harumnya pusara MASYITAH,
semerbak kasturi.

aku ingin PERSAHABATAN indah ini,
bisa menjadi syafaat,
di MAHKAMAH MAHSYAR nanti....

salam ukhuwah fillah utk semua
:)