Thursday, March 3, 2011

PERANGKAP SYAITAN

BISMILLAH...

SEKUTU SYAITAN...

  1. Hakim yg tidak adil.
  2. Orang kaya yg sombong.
  3. Pedagang yg licik / curang.
  4. Orang yg suka minum arak.
  5. Tukang fitnah.
  6. Orang yg riak.
  7. Orang yg suka makan harta anak yatim.
  8. Orang yg lalai dlm solat.
  9. Orang yg enggan bayar zakat.
  10. Orang yg suka berkhayal- panjang angan2.

Salam ukhuwah :)

Thursday, February 10, 2011

HIS WHISPER OF LOVE

BISMILLAH


ROSES ARE RED,
VIOLETS ARE BLUE,
SOMEONE LOVES YOU,
HERE IS A CLUE.

"EVERYDAY I LOVE YOU.
DO YOU LOVE ME?"

HIS WHISPER OF LOVE....


Katakanlah (Muhammad), "Jika kamu mencintai ALLAH, ikutilah aku, niscaya ALLAH mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.
~Surah Ali Imran : 31~


Katakanlah (Muhammad), "Taatilah ALLAH dan RASUL. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa ALLAH tidak menyukai orang-orang kafir."
~Surah Ali Imran : 32~




Katakanlah, "Jika bapak-bapakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari pada ALLAH dan RASUL-NYA serta berjihad di jalan-NYA, maka tunggulah sampai ALLAH memberikan keputusan-NYA." Dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.
~Surah At-Taubah : 24~



Wahai orang-orang yang beriman! Barang siapa di antara kamu yang murtad (keluar) dari agamanya, maka kelak ALLAH akan mendatangkan suatu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, dan bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan ALLAH, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia ALLAH yang diberikan-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan ALLAH Maha Luas (pemberian-Nya), Maha Mengetahui.
~Surah Al-Maidah : 54~



Sesungguhnya penolongmu hanyalah ALLAH, RASUL-NYA, dan orang-orang yang beriman, yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat, seraya tunduk (kepada ALLAH).
~Surah Al-Maidah : 55~


Dan barang siapa menjadikan ALLAH, RASULNYA, dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sungguh, pengikut (agama) ALLAH itulah yang menang.
~Surah Al-Maidah : 56~



Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak (ALLAH) Yang Maha Pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (dalam hati mereka).
~Surah Maryam : 96~


Who is HIM???
HE is in our HEART.
Who??
Your TRUE LOVER.
Shhhh....Let's discover his LOVE!

ADA APA DENGAN CINTA????


Pertemuan demi pertemuan. Pernahkah ditanya pd hati, apakah ada cinta segar yg tlh mendatangi hati? Telahkah kita memahami hakikat & makna cinta sebenarnya? Sekian lama kita hidup, apakah kita tlh terokai perasaan halus seni, cantik & indah yg ALLAH anugerahkan ini? Kita adalah jiwa-jiwa yg tlh dipilih oleh ALLAH utk merasai nikmat cinta, kasih & sayang yg sebenar-benarnya. Cinta yg akan membawa ke SYURGA, tentunya.

Cinta yg benar ialah cinta yg dialirkan oleh ALLAH ke dlm hati. Cinta ini cinta suci, benar, lagi murni. Cinta ini diletakkan oleh ALLAH ke dlm relung hati-hati kita agar kita tahu & reti utk mencintai org lain. Saudara seiman tentunya. Mencintai mereka sepenuh hati kerana ALLAH. Membawa mereka ke jln ALLAH, & sama-sama menuju ke arah syurgaNYA. Perlakuan saling mencintai sesama mukmin inilah yg akan menyebabkan ALLAH makin cinta & makin sayang pada kita. CINTA DLM CINTA. Subhanallah!

Apakah kita pernah renung dalam-dalam? Apakah cinta yg diberi & diterima itu datangnya dari DIA, Pencipta Cinta, atau SANG NAFSU SI PEMUSNAH CINTA? Cinta yg di ilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa & tidak pernah bertaubat. Sifat2 mazmumah yg x dikikis dlm hati seterusnya menjadikan nafsu sbg Tuhan dlm diri. Kesannya, kita akan terikut2 dgn dorongan hawa nafsu, termasuklah dlm hal meletakkan pengertian & ukuran cinta. Kita akan mencintai seseorang atau sesiapa sahaja mengikut selera hawa nafsu. Kecantikan, pangkat, harta, dsbnya. Tidak hairanlah cinta mcm ni akhirnya menjadikan kita makin jauh dr ALLAH, membawa kekecewaan, perceraian, kemusnahan diri, perzinaan dsbnya. Hanya kerana kita mencintai seseorang kerana selera nafsu & kepentingan peribadi, & apabila kesemuanya hilang, terkikislah nilai cinta. Makin hari makin layu & akhirnya muncul pula perasaan benci. Naudzubillah. Jom sama2 mencari cinta Ilahi. Cinta yg dtgnya dr ALLAH & kembali juga pd ALLAH.

Pd hakikatnya, setiap Muslim memiliki potensi utk menumbuhkan & mendptkan rasa cinta dr saudara seiman. Syaratnya, jadilah seorg yg berperibadi Muslim yg soleh, taat menjlnkan perintah ALLAH & menjauhi laranganNYA. Kerana hati org2 soleh itu sudah digariskan akan selalu terpaut 1 sama lain, & itu semua akan terjd dgn sendirinya.

Anugerah Mawaddah sampai, stlh ALLAH mencintai hamba2Nya. Rasa kasih sayang ini kemudiannya akan sampai ke bumi & tersemai di antara para pencinta ALLAH. Dlm sabdaNya, RASULULLAH S.A.W. mengatakan "SESUNGGUHNYA APABILA ALLAH MENCINTAI SEORG HAMBA, MAKA DIA AKAN MEMANGGIL JIBRIL & BERKATA : SESUNGGUHNYA AKU MENCINTAI SI FULAN MAKA CINTAILAH DIA! JIBRIL PUN MENCINTAINYA. KEMUDIAN DIA MENYERU PARA PENGHUNI LANGIT : SESUNGGUHNYA ALLAH MENCINTAI SI FULAN, MAKA CINTAILAH DIA! PARA PENGHUNI LANGIT PUN MENCINTAINYA. SETELAH ITU, BARULAH CINTA INI DITURUNKAN DI ANTARA HATI PARA PENCINTAINYA DI BUMI. (HR. BUKHARI & MUSLIM).

Dari Abu Hurairah RA, ia berkata, RASULULLAH SAW bersabda : " ALLAH BERFIRMAN : DI MANAKAH ORG2 YG SALING MENCINTAI KERANAKU? HARI INI AKU AKAN MENAUNGINYA DLM NAUNGANKU, PADA HARI YG TIADA NAUNGAN SELAIN NAUNGANKU." (HR BUKHARI)

RASULULLAH SAW bersabda : " 7 GOLONGAN YG AKAN DINAUNGI ALLAH PADA HARI KIAMAT KELAK, DI ANTARANYA ADALAH, 2 ORG MANUSIA YG SALING MENCINTAI KERANA ALLAH, MEREKA BERTEMU & BERPISAH KERANANYA. (HR MUSLIM).


10 THINGS THAT BRING THE LOVE FROM ALLAH.



  1. recitation of the ALQURAN with reflection & understanding of its meaning.
  2. seeking closeness to ALLAH by doing voluntary deeds, after obligatory ones, for that leads one to the highest levels of love.
  3. remembering ALLAH in every situation by one's deed, heart & deeds. One's share of that love is to the degree of one's share with that remembrance.
  4. preferring to what He loves to what you love, when your desires are strong.
  5. allowing your heart to reflect on His Names & Attributes.
  6. reflecting on His many favours & blessings. Both that apparent & hidden ones, for that leads to His love.
  7. having your heart soften as it is worshipping ALLAH.
  8. being alone with Him in worship, when He descends during the last third of the night.
  9. sitting with those who are truthful in their love to ALLAH.
  10. staying away from all that create barriers between the heart & ALLAH.

BISMILLAH....
"ALLAH, I BEG OF YOU YOUR LOVE, THE LOVE OF THOSE WHO LOVE YOU, & SUCH CONDUCT AS SHOULD LEAD ME TO YOUR LOVE. ALLAH, MAKE YOUR LOVE DEARER TO ME THAN MY SOUL & MY FAMILY & DEARER THAN COLD WATER."
AMIN~

Monday, January 17, 2011

JARUM SYAITON..

BISMILLAH...

Renungkan sejenak perancangan SYAITON yg x pernah jemu menggoda wanita utk mendedahkan segenap kecantikan kpd org yg x berhak menikmatinya.


PERANCANGAN PERTAMA : 
"Alah..buat ape pakai tudung? Nampak kolotlah," bisik SYAITON.
"Gilerr ke apa..nak kene parang dgn mak ayah aku kalau x pakai tudung?" balas gadis itu kpd SYAITON yg berbisik di sisi hatinya.


PERANCANGAN KE2 :
"Oke x ape. Kau pakai aje tudung tu. Tapi, pakailah t-shirt lengan pendek sikit. Rimas aku tengok kau pakai baju tangan panjang berbungkus mcm ni," bisik SYAITON lagi.
"Waaa...cantiknya baju tu tapi tangan pendeklah. Nanti kene SUNBURN plak separuh tangan aku ni. Tapi, beli jelah. Boleh pakai waktu malam, x ade matahari.."..kata gadis tu seraya membawa baju yg disukainya ke kaunter bayaran.


PERANCANGAN KE3 :
"Ehh..kenapa tudung tu labuh sgt? Angkat sikit, letak pin, barulah nampak rantai emas yg mahal tu. Setakat sorok bawah tudung, siapa yg boleh nampak? Lagipun, lurah kau tu kan cantik..tunjuklah sikit aset tu. Bukannya semua, sikit aje," hasut SYAITON lagi.
Si gadis sedang memandang dirinya di cermin. Sudah sejam di situ, asyik membetul2 kan tudungnya yg agak labuh. Akhir sekali, dia mencapai beberapa pasang kerongsang sambil menarik tudungnya tinggi ke bahu. Maka terserlahlah lurahan indah itu disebalik belahan leher baju yg amat luas.


PERANCANGAN KE4 :
"Kau tahu x, zaman sekarang ni,anak gadis ayu sgt kalau pakai baju dr kain lace. Apatah lagi kalau pakai body tube yg mcm singlet tu..kompem anggun! Tengok plak kainnya, belah kat depan. Barulah senang nak melangkah. Tentu lelaki akn pandang berkali2." SYAITON terus-menerus x jemu memujuk.
"Waa..cantiknya baju ni, tapi jarang plak. X ape, aku boleh pakai tube kat dlm. Lagipun ni latest design. Mesti kawan2 cemburu tengok aku bergaya sakan.." sahut gadis itu, mengiyakan pujukan SYAITON yg masih melekat rapat dlm hatinya.

Maka perhiasan iman pada diri seseorg wanita mula tercabut 1 demi 1..hingga akhir sekali, yg ade pada diri hanyalah santapan harian yg x lagi berharga. Sesiapa je boleh menikmati dgn percuma. Masya-ALLAH..liciknya permainan SYAITON, yg kengkadang kite x menyedari kehadirannya.

Sekadar berkongsi ilmu dari buku yg ana baca..sbg ingatan utk diri sendiri & anti2 diluar sane...InsyaALLAH...

KITA YG TERISTIMEWA

Bismillah...




Diciptakan dari rusuk kiri...
Dekat di hati untuk disayangi..
Hampir dengan tangan untuk dikasihi...


Dalam Islam, wanita memang dianggap golongan yg lemah kerana asalnya dicipta drpd tulang rusuk lelaki. Wanita memerlukan lelaki utk menyayangi & melindunginya. Nabi s.a.w menegaskan dlm hadisnya tentang ganjaran ibu bapa yg memelihara & membesarkan anak2 gadisnya dgn sempurna.


"Barang siapa diberi cubaan dgn sesuatu drpd anak2 perempuannya, kemudian dia berbuat baik kpd mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka." HR Bukhari & Muslim.

Memanglah banyak yg mesti dikawal kerana kita manusia terpilih, yg beragama Islam & beriman. Kerana setiap pergerakan kita ada balasan yg menanti. Jawatan sbg 'IBU' itulah jawatan paling tinggi & paling mulia di dunia & akhirat. Nasihat ayah ibu hanya memikirkan kebaikan anak2 semata2. 

Wednesday, January 5, 2011

HALAQAH CINTA.

Bismillah..
Assalamualaikum
:)

Hati itu fitrahnya putih nan bersih
Kan hitam ternoda lantaran dosa,
Kikislah aibnya agar kembali jernih,
Pertahankan kesuciannya dalam HALAQAH CINTA..

Di sinilah,
Aku menyahut kalamMU ya ALLAH,
'Dan berilah mereka pelajaran & katakanlah kpd mereka perkataan yg berbekas pada jiwa mereka'
(An-Nisa : 63)
Moga halaqoh ini menusuk jiwa,
Memandu islah diri sentiasa.


Salam ukhuwah fillah utk semua
:)

Saturday, January 1, 2011

AKU INGIN PERSAHABATAN ITU....

Bismillah..
Assalamualaikum...
:)




TEMAN,
aku ingin kita seperti ABU BAKAR AL-SIDDIQ,
persahabatan terjalin kerana AL-KHALIQ,
harta dikorban bukan sedikit,
cintakan kebenaran, sanggup bersakit.

serta tawakal IBRAHIM mulia,
ketika meninggalkan insan tercinta,
di bumi tandus tanpa bicara,
meyakini ALLAH sebagai penjaga.

aku impikan antara kita seorang UMAR,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerunkan musuh durjana.

serta senyuman SYED AL-QUTB,
ketika berhadapan dengan tali maut,
akidah mantap tidak terenggut,
roh dakwahnya tidak surut.

aku ingin kita seteguh IBNU ZUBBAIR,
menahan panahan HAJJAJ dengan rela,
bersama si ibu tua,
lantas syahid, rohnya ke syurga.

marilah kita menyemai benih HASSAN AL-BANNA,
fikrahnya jernih, menggegar dunia,
merelakan tubuhnya dimamah peluru,
demi menegakkan kalam ALLAH & RASUL.

Aku cintakan pemuda GIFFARI,
menentang kezaliman walaupun diancam,
mogakan lahir lagi di abad ini,
jiwa jitu pemuda yg tidak pernah suram.

aku ingin kita sepemaaf YUSUF,
tetap mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.

aku ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harumnya pusara MASYITAH,
semerbak kasturi.

aku ingin PERSAHABATAN indah ini,
bisa menjadi syafaat,
di MAHKAMAH MAHSYAR nanti....

salam ukhuwah fillah utk semua
:)